konvo dari terengganu ke kuantan..

konvo dari terengganu ke kuantan..
Powered By Blogger

Tiada terluka,tiada meluka

Bila ku kenal..
Ku melihat dari mata mu...
Ada sinar menyinari dari pandangan mata..
Bila ku renung..
Kau tatap mata ku..
Lalu dilihat ada sayang mu yg terpancar..
Di sebalik pemikiran bayangan..
Ku suka melihat bila kau tersenyum..
Ku terpegun bila kau berkata-kata..
Kau sungguh istimewa dalam pergaulan..
Tiada yang terluka..
Tiada yang meluka...
Hati kau tenang bila berbicara..
Namun persengketaan menjadi punca..
Antara benar atau salah..
Kau berjuang menegak keadilan..
Ak bertaruh demi kebenaran..
Pengakhiran menjadi perpisahan..
Memang benar yg berlaku..
Bukan pintaan yg diinginkan hati..
Keangkuhan serta keegoan menjadi tragedi di bulan januari..
Tapi hati tetap sama merindui..
Bila menjelang februari...
Kerana kasih sayang sentiasa dihati..
Walau diri terpaksa dijauhi..

menanti sinar

Jika semalam gerhana mentari,
& jika hari ini gerhana d hati,
Smoga esok dpat ku hulur cahaya mentari...
jika mlm ini bisa menyinari...ingin sj hati selami....
namun apa kan daya...jiwa ini semakin hari semakin ditangisi dengan memori januari....
Hadirnya sinar tidak meniti hari... Esok lusa & slamanya tetap ku susuri... Jika januari menggamit emosi... Akan ku indahi mimpimu selepas ini...
hadir nya kasih juga tidak meniti hari...kerana yang menyelebungi bukan pada emosi...malah pada mimpi yg dibayangi....
Jika mimpi itu pnuh dgn saat hitam berapi... ingin ku selubungi dgn warna2 berseri.. Biarpun ia tetap berdiri.. Tapi akan kuwujudkan tirai mimpi trindah utk dilayari...
  kalau bukan kerana diri sendiri...tak kan ku peduli... walau setiap mimpi bukan hanya dibayangkan ngeri...kasih yg disanjung tinggi...menghamparkan derita yang tiada tangisi...
seteguh kasih yang diberi...bukan sekadar untuk dirasai...tapi hanyalah diguna pakai...tika diri menghampiri ilahi.... 
 created by
nayta & zali 

memandang hampa

~akn ku telan semua kata2 yg mlingkari hidup yg kian tandus,pd suara2 yg dtg menyapa dlm kegelapanku~ 
~~~ akn ku selami jua setiap perkataan yg pernah kau lontarkan...~~~
~~~di tepi kerinduanku memandang hampa pada dunia~~~
~~~ku hanya orang biasa tak lepas dari rasa kecewa~~~
 ~~~angan yg membalut mimpi dulu melukis nyanyian hati ku~~~
~~~satukan hatiku yg terbelah~~~
~~~jadikan lah hatiku seteguh imam~~~
~~~ hidup ini berhak untuk dirasai serta merasai~~~
~~~kerna kita punyai perasaan utk merasa apa yang dirasai~~~
~~~sama ada pahit,manis,suka,duka,ketawa,menagis, semua dirasai dengan satu perasaaan yang memberikan pelbagai deria penerimaan~~~
~~~kita hanya hamba yang tak lekang dek panas~~~

CinTa

Apa Itu Cinta?

 

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

 

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

 

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

 

My Blog List

Life's Too Short
Grab a Graphic from pYzam.com