izinkan aku memejam mata...untuk bermimpi membina sebuah kehidupan...dunia ini pentas...aku penulis skrip..dan kau...adalah watak yang aku jadikan pada seribu bayangan...
Tiada terluka,tiada meluka
Ku melihat dari mata mu...
Ada sinar menyinari dari pandangan mata..
Bila ku renung..
Kau tatap mata ku..
Lalu dilihat ada sayang mu yg terpancar..
Di sebalik pemikiran bayangan..
Ku suka melihat bila kau tersenyum..
Ku terpegun bila kau berkata-kata..
Kau sungguh istimewa dalam pergaulan..
Tiada yang terluka..
Tiada yang meluka...
Hati kau tenang bila berbicara..
Namun persengketaan menjadi punca..
Antara benar atau salah..
Kau berjuang menegak keadilan..
Ak bertaruh demi kebenaran..
Pengakhiran menjadi perpisahan..
Memang benar yg berlaku..
Bukan pintaan yg diinginkan hati..
Keangkuhan serta keegoan menjadi tragedi di bulan januari..
Tapi hati tetap sama merindui..
Bila menjelang februari...
Kerana kasih sayang sentiasa dihati..
Walau diri terpaksa dijauhi..
CinTa
Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
My Blog List
Grab a Graphic from pYzam.com
No comments:
Post a Comment