konvo dari terengganu ke kuantan..

konvo dari terengganu ke kuantan..
Powered By Blogger

meRiNdUinYA

Satu Lakaran rindu itu...terlukis dalam ombak..
pantai yang sudi...menyambut penuh sayu...
sekali pun geloranya...sukar digambar hanya ketabahan
mengubati rindu..
Hati terpaku bila nama mu didengari dari bisikan alunan yang menusuk hati...
terus terbayang satu perwatakan yang sukar untuk melupakan..
bumi berputar pada roda roda yg tersendiri...
nadi ini berlagu sepi..
jiwa kosong..
resah itu sering datang...
membawa angin kenangan...
malam menjadi siang..
siang pun menjadi malam...

rindu...
terlalu mudah diungkap
tapi mampu kah ia terungkai
terungkai disebalik kata-kata
yang bakal mencuit perasaan
bicara rindu...
hanya mampu dibibir
tapi mampukah ia terungkap dari hati..
hanya sekadar hiasan bibir yang manis
bisik-bisik rindu
tiada siapa yang tahu...
lahir dari hati yang kudus
hanya aku yang tahu
hadirnya sebuah rindu
menjadikan diri seorang perindu

No comments:

Post a Comment

CinTa

Apa Itu Cinta?

 

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

 

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

 

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

 

My Blog List

Life's Too Short
Grab a Graphic from pYzam.com